Tandas 1Malaysia Taman Muhibbah Jasin Bertaraf 5 Bintang & Berkonsepkan Alam Semulajadi

KEMUDAHAN OKU...Tandas bagi golongan OKU turut disediakan

KERATAN AKHBAR....Keratan akhbar Tandas 1Malaysia Taman Muhibbah rangkul anugerah perak bagi kategori milik PBT pada pertandingan Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia 2012   


Tandas 1Malaysia Taman Muhibbah  dikelilingi pokok-pokok hiasan hijau semulajadi bagi menambah keceriaan sekitar tandas tersebut


Kebanyakan tandas awam sering dikaitkan dengan masalah kebersihan apabila keadaan persekitarannya dilihat kotor, busuk dan meloyakan.
   
         Selain menyebabkan orang ramai tidak selesa, keadaan sesetengah tandas yang kotor juga memberikan imej buruk kepada pelancong.
    
         Bagi membetulkan tanggapan buruk terhadap kemudahan tandas awam, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengambil inisiatif menyediakan tandas awam pertama yang bertaraf lima bintang di Taman Muhibah.
   
        Tandas awam tersebut memulakan operasi pada Oktober 2009 dan ianya dibina berkonsepkan 1Malaysia serta alam semulajadi.
        Tandas 1Malaysia Taman Muhibbah mula dibina pada 6 Mei 2009 dan siap sepenuhnya pada 29 September 2009 melalui peruntukan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjumlah RM115,000.
   
         Ia dibina menggunakan batu sungai di dinding luar tandas dan kayu kayan di siling serta pintu.
         Selain itu, terdapat lubang-lubang dibina untuk aliran pengudaraan dan pencahayaan semulajadi untuk mengurangkan bau serta mengeringkan lantai tandas.
         Di samping itu, terdapat kata-kata hikmah dan alunan muzik menjadi halwa mata serta telinga pengguna selain kehadiran beberapa ekor ikan di dalam kolam buatan juga akuarium kecil menjadi terapi minda ketika menunggu atau berehat di tandas ini.
         Ia juga dikelilingi pokok-pokok hiasan hijau semulajadi untuk menambahkan keceriaan di dalam tandas bersesuaian dengan konsep tandas tersebut.
    
         Selain itu, terdapat kemudahan lain di tandas ini iaitu tandas Orang Kelainan Upaya (OKU) serta tempat persalinan lampin bayi.
  
        Tandas ini dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali hari Sabtu dari jam 2 petang hingga 9 malam kerana terdapat aktiviti pasar malam di kawasan tersebut.
     
        Walaupun bayaran yang dikenakan agak mahal iaitu 50 sen untuk sekali masuk, namun ia berbaloi apabila memasuki tandas tersebut, seolah-olah memasuki tandas hotel lima bintang.
   
        Pengguna harus membuka kasut dan perlu memakai selipar yang disediakan.
        Kemudahan Tandas 1Malaysia Taman Muhibbah itu merupakan salah satu program perintis pihaknya dalam menaik taraf kemudahan infrastruktur yang terdapat dalam kawasan pentadbiran MPJ.
   
       MPJ sendiri melantik kakitangannya untuk menjaga kebersihan dan kualiti tandas awam ini bagi mengekalkan keindahannya setiap masa.
   
       MPJ telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memberi keselesaan kepada pengguna di samping pelbagai program dilaksanakan bagi mendidik pengguna supaya menjaga kebersihan tandas awam.
   
       Pada perkembangan lain, Tandas 1Malaysia Taman Muhibbah turut tercalon dalam Pertandingan Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia 2012 dan memenangi pingat perak bagi kategori milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


Comments