Pertandingan Kelab Boling MPJ Tertutup 2012 Erat Silaturrahim & Ukhwah Peserta - Mohammad Hiriddin

Mohammad Hiriddin (kiri) menyampaikan hadiah kepada johan kategori lelaki, Mohd sufian


Peserta tidak melepaskan peluang bergambar bersama sebelum pertandingan

Pertandingan Kelab Boling MPJ Tertutup 2012 berlangsung dalam semangat kesukanan yang tinggi 

Mohammad Hiriddin (kiri) menyampaikan hadiah kepada johan kategori wanita, Aznifah 


AYER KEROH : BUAT julung kalinya Kelab Boling Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menganjurkan Pertandingan Kelab Boling MPJ Tertutup 2012 di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC), di sini, baru-baru ini.

       Seramai 29 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang disertai oleh ahli kelab boling MPJ.

       Perasmian kejohanan dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi Kelab Boling MPJ, Mohammad Hiriddin Hisham.

       Menurut Mohammad Hiriddin, sebanyak dua kategori dipertandingan pada kejohanan tersebut iaitu kategori individu lelaki dan kategori individu wanita.

       Jelasnya, pada peringkat permulaan, persaingan berlangsung agak sengit dengan peserta menampilkan kemahiran masing-masing dan pertandingan berlangsung dengan semangat kesukanan yang tinggi.

       "Bagi kategori individu lelaki, johan menjadi milik Mohd Sufian Munap dari Jabatan Kejuruteraan dengan 486 jatuhan pin, naib johan digondol Junaidi Mat Kahar dari Jabatan Teknologi Maklumat dengan 430 jatuhan pin dan ketiga diraih Mohd Hairudin Abu dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dengan 420 jatuhan pin.

       "Manakala kategori wanita, tempat pertama disandang Aznifah Hussin dari Jabatan Kawalan Bangunan dengan 362 jatuhan pin, tempat kedua dimenangi Siti Farhana Abd Rahaman dari Jabatan Kewangan dengan 329 jatuhan pin dan tempat ketiga dibolot Ruzadatul Safrina Ab. Kadri dari Jabatan Kewangan dengan 321 jatuhan pin," katanya.

       Pada perkembangan lain, Mohammad Hiriddin berkata pertandingan tersebut diadakan bagi memupuk semangat setia kawan dalam mengeratkan perhubungan di samping menyediakan keperluan aktiviti riadah kepada warga kerja MPJ khususnya ahli kelab boling MPJ.

       "Selain itu, mengeratkan lagi ukhwah mahabbah diantara warga kerja serta memupuk semangat kerja berpasukan," katanya.

Comments