MPJ BUKA KAUNTER BAYARAN PADA 29 & 30 DISEMBER 2012

JASIN, 22 Dis - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) akan membuka perkhidmatan kaunter kutipan dan beroperasi seperti biasa pada hujung minggu terakhir tahun ini iaitu pada 29 dan 30 Disember 2012 (Sabtu dan Ahad) ini.
          Pembukaan kaunter kutipan tersebut di ibu pejabat MPJ Jasin dan Bandar Merlimau dibuka seperti biasa pada kedua-da hari tersebut bertujuan memudahkan peniaga memperbaharui lesen perniagaan 2013 serta urusan-urusan lain. 
          Kaunter bayaran MPJ Jasin akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 3 petang manakala di Bandar Merlimau dibuka bermula 8 pagi sehingga 6 petang.
          Sehubungan itu, diharapkan kemudahan yang disediakan oleh pihak MPJ ini akan memberi kemdahan kepada peniaga khususnya di daerah Jasin untuk memperbaharui lesen perniagaan mereka seterusnya tidak perlu menunggu sehingga hari bekerja.

Comments