MPJ BUKA B00TH DI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ASTRA 2012

TETAMU yang hadir di Program Khidmat Masyarakat ASTRA 2012 di Medan Selera Ikan Bakar Serkam, di sini, tidak melepaskan peluang mendapatkan informasi berkaitan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).
          MPJ turut tidak ketinggalan membuka booth pameran pada program tersebut di mana majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah.
          Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang berlangsungnya program terbabit termasuk pertandingan melukis kanak-kanak, sukaneka, gerai pameran, gotong-royong memasak dan mengecat rumah.
          Penyertaan MPJ pada program seperti ini dilihat dapat mendekatkan lagi warga kerja MPJ kepada masyarakat setempat selaras dengan dasar kerajaan merakyatkan perkhidmatan awam sekali gus menerangkan fungsi dan peranan MPJ terhadap orang awam.
   

Comments