Curahkan Khidmat Bakti Selama 33 Tahun Majlis Persaraan Norkiah Berlangsung Dalam Suasana Ringkas & Meriah

HARI TERAKHIR BERTUGAS...Norkiah meletakkan jari di 'finger tag' simbolik tanda menamatkan perkhidmatan di MPJ

  Sebahagian warga kerja MPJ yang hadir pada majlis tersebut

Murad menyampaikan cenderamata kepada Norkiah diperhatikan Othman (kiri) dan ainu Nizla (kanan)


JASIN, 10 Dis - Majlis Persaraan kakitangan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Norkiah Hashim, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operator) Jabatan Kawalan Perniagaan telah diadakan di Bilik Gerakan MPj, di sini, baru-baru ini.
  
         Majlis yang berlangsung dalam suasana ringkas namun meriah itu turut dihadiri Yang Dipertua MPJ, Murad Husin; Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman; Pengarah Kanan dan Pengarah-Pengarah Jabatan MPJ serta warga kerja MPJ.
      
         Norkiah mula berkhidmat pada 17 September 1979 sebagai Jurutaip Tingkatan III (D15) dan telah berkhidmat di MPJ selama 33 tahun 4 bulan 14 hari.
 
         Sepanjang perkhidmatan, Norkiah pernah menerima beberapa pengiktirafan iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1994, 1997 dan 2005.

         Selain itu, beliau juga pernah menerima pengurniaan Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M) pada tahun 2008 sempena hari jadi Yang diPertua Negeri Melaka yang ke-70 tahun.  
 
        Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah menunjukkan prestasi yang baik semasa berkhidmat di MPJ.

Comments