CERAMAH KESIHATAN DEDAH WARGA MPJ CARA TANGANI STRES DI TEMPAT KERJA

         Penolong Pegawai Penilaian Kanan MPJ, Sumarni Pardi (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Sri Hanum

Sebahagian warga kerja MPJ yang hadir pada program tersebut

Sri Hanum (kiri) ketika menyampaikan ceramah kesihatan 'Stres Di Tempat Kerja' Punca dan Cara Menanganinya di Dewan Perpaduan Daerah Jasin 

Pastinya ada dalam kalangan pekerja yang mengalami stres akibat bebanan kerja harian.
       
         Tahap stres yang terkawal merupakan sesuatu perkara yang sihat dan dapat membantu seseorang pekerja menjadi lebih aktif.
 
         Namun, sekiranya tahap stres berada di luar daripada keupayaan pengawalan, kesan sampingan negatif boleh berlaku.

         Rentetan itu, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) tidak terkecuali menganjurkan ceramah kesihatan 'Stres Di Tempat Kerja' Punca dan Cara Menanganinya di Dewan Perpaduan Daerah Jasin, di sini.

         Program anjuran One Stop Centre For Health dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Belia dan Local Agenda (LA) 21 MPJ itu telah dihadiri seramai 100 peserta.

         Pegawai Kaunselor, Pejabat Kesihatan Negeri Melaka, Sri Hanum Othman berkata, secara umumnya, banyak juga tekanan yang dilalui oleh pekerja kerana tidak faham dengan bidang tugas masing-masing.

         Menurutnya, dalam sistem perkhidmatan awam, satu sistem seperti Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja ialah satu dokumen yang sedia diguna pakai, yang perlu sentiasa pekerja rujuk dalam melaksanakan tugas.

        "Kesimpulannya, tekanan dalam kerja perlu dihadapi sama ada pekerjaan itu sepadan dengan ciri dirinya atau tidak, individu perlu menyediakan diri dengan kemahiran untuk bekerja dalam tekanan.

        "Konsep bekerja dalam tekanan akan membuatkan individu menguruskan tekanan kerja secara positif kerana kerja itu adalah tanggungjawab mereka dan sebenarnya bukanlah tekanan," katanya.

         Pada perkembangan lain, jelas Sri Hanum, objektif pengnjuran program tersebut adalah sebagai salah satu usaha memperkasakan masyarakat setempat dalam mempromosi dan membudayakan amalan cara hidup sihat di kalangan warga kerja MPJ.

         Di samping itu, memperkenal dan menerangkan cara menangani tekanan di tempat kerja kepada kakitangan MPJ sekali gus menyebarkan informasi kesihatan yang berkaitan amalan cara hidup sihat.

Comments