Warga Kerja MPJ Disaran Lebih Fokus Terhadap Tugasan Agar Perkhidmatan Dapat Disalurkan Hingga Ke Akar Umbi - Murad

 Murad serta pengarah kanan dan pengarah-pengarah jabatan MPJ bersalaman dengan warga kerja MPJ selepas perhimpunan pagi bulanan
 Lafaz ikrar Rukun Negara diketuai Muhammad Kamal Hafidz Zakaria dari Jabatan Landskap dan Perkhidmatan Bandar
 IKRAR RUKUN NEGARA...Warga kerja MPJ melafazkan ikrar rukun negara
                           Murad ketika berucap di Perhimpunan Pagi Bulanan MPJ di Dataran MPJ
   
JASIN, 20 Nov - Penjawat awam khususnya warga kerja Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) disaran melipatgandakan usaha bagi meningkatkan kecekapan dan mesra pelanggan agar segala agenda, program serta dasar kerajaan dapat disampaikan secara lebih menyeluruh dan berkesan kepada masyarakat.

    Yang Dipertua MPJ, Murad Husin berkata, selain itu, warga kerja MPJ digesa agar menjalankan segala tugasan yang diamanahkan dengan penuh telus ikhlas dan fokus terhadap apa jua yang dilakukan.

    "Suka juga saya mengingatkan warga kerja MPJ agar meminggirkan kepentingan diri di dalam melaksanakan amanah yang ditugaskan dan beranggapan bahawa tugas atau kerja yang dilaksanakan dengan jujur merupakan satu ibadat.


    "Justeru, perkhidmatan akan diberikan secara bersungguh-sungguh sekali gus menghapuskan apa yang sinonim dipanggil 'budaya sambil lewa' dengan mengambil sikap endah tak endah dengan tugas yang dilaksanakan," katanya.



 Beliau berkata demikian di Majlis Perhimpunan Pagi Bulanan MPJ di Dataran MPJ, di sini, hari ini.
 
  Hadir sama, Pengarah Kanan dan Pengarah-Pengarah Jabatan MPJ serta warga kerja MPJ di mana pada perhimpunan kali ini, Jabatan Landskap dan Perkhidmatan Bandar (JLPB) MPJ menjadi jabatan penganjur pada bulan ini.

    Pada perkembangan lain, Murad turut menyeru kepada warga kerja MPJ agar mengamalkan konsep bekerja dalam pasukan dan mengutamakan sikap saling hormat mengharmati di antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan serta pangkat.

    "Jika ini menjadi pegangan serta prinsip setiap warga anggota MPJ, nescaya segalanya berjalan dengan lancar sekali gus perkhidmatan dapat disalurkan hingga ke akar umbi," katanya


Comments