Sarinah Dinobat Pekerja Contoh Kategori Pekerja Dalaman Suku Tahun Ketiga 2012 MPJ

JASIN, 26 Nov - Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Jabatan Kewangan (Unit Hasil) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Sarinah Muhamad dipilih sebagai penerima Anugerah Pekerja Contoh MPJ kategori pekerja dalaman bagi suku tahun ketiga 2012.

       Sarinah dipilih menerima Anugerah Pekerja Contoh ekoran prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam pekerjaan selain bergiat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

       Selain itu, beliau seorang yang peramah dan sering memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugasan yang diamanahkan.

       Beliau memulakan perkhidmatan di MPJ     
pada 16 Januari 1995 dengan memegang jawatan sebagai Atendan Letak Kereta bertaraf sambilan.

       Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua MPJ, Murad Husin di Majlis Perhimpunan Pagi Bulanan MPJ di Dataran MPJ, di sini.



Comments