PROGRAM BIODISEL

PROGRAM BIODISEL...Pekerja Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) mengangkat tong khas berisi minyak masak terpakai untuk di kitar semula menjadi bahan api biodisel kenderaaan.
      MPJ merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di negeri Melaka melaksanakan Program Biodisel Melaka yang diuruskan oleh PHTJ di mana ianya merupakan salah satu daripada program komuniti hijau yang dilaksanakan di negeri ini.
      Selain itu, sebagai usaha menyahut seruan kerajaan untuk mengaplikasikan amalan Teknologi Hijau di dalam kehidupan seharian khususnya kepada warga kerja MPJ selari dengan matlamat Kerajaan Negeri Melaka menuju Negeri Teknologi Hijau menjelang 2020.

Comments