Md Zan Dinobat Pekerja Contoh Kategori Pekerja Luaran MPJ Suku Tahun Ketiga 2012

JASIN, 28 Nov - Penghantar Notis Jabatan Khidmat Pengurusan dan Korporat (JKPK) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Md Zan Md Dan dipilih sebagai penerima Anugerah Pekerja Contoh MPJ kategori pekerja luaran bagi suku tahun ketiga 2012.

        Md Zan dipilih menerima Anugerah Pekerja Contoh ekoran prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam pekerjaan selain bergiat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

        Beliau juga aktif dalam persatuan penduduk dan memegang jawatan dalam beberapa pertubuhan antaranya, Pengerusi UMNO Jalan Datuk Nawar, Ahli Jawatankuasa (AJK) Bistari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai serta merupakan salah seorang Pengadil Sepak Takraw Negeri Melaka.

        Selain itu, beliau seorang yang peramah dan sering memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugasan yang diamanahkan.

        Beliau memulakan perkhidmatan di MPJ pada 16 Januari 1995 dengan memegang jawatan sebagai Atendan Letak Kereta bertaraf sambilan.

        Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua MPJ, Murad Husin di Majlis Perhimpunan Pagi Bulanan MPJ di Dataran MPJ, di sini.

Comments