KUNJUNG HORMAT

KUNJUNG HORMAT....Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) daerah Jasin, Mohd Noor Aman menyampaikan cenderamata kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin (tiga, kanan).
          Penyampaian cenderamata tersebut sempena kunjung hormat PKMM terhadap Yang Dipertua MPJ di samping mengeratkan ikatan silaturrahim sedia terjalin.
          Hadir sama, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman; Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan MPJ, Zainuddin Samad; Ahli Jawatankuasa (AJK) PKMM Negeri, Shamsiah A. Kadir dan Biro Wanita daerah Jasin, Harytine Katab.

Comments