PROGRAM TURUN PADANG BERSAMA YANG DIPERTUA MPJ

 TURUN PADANG....Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk R.Perumal; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin (tiga, kanan); Ahli Majlis MPJ, Datuk Abu Dolah Hitam (dua, kiri) serta agensi berkaitan ketika Program Turun Padang di Taman Seri Selandar, di sini.

    Program tersebut merupakan inisiatif pihak MPJ dalam usaha menyelami permasalahan dihadapi penduduk dalam lingkungan pentadbiran khususnya dalam kawasan perumahan.

    Di samping itu, ianya juga merupakan usaha pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya MPJ mengenal pasti kawasan dan taman perumahan dalam daerah Jasin mempunyai apa jua permasalahan.

    Menerusi pendekatan ini dapat memudahkan penduduk untuk meluahkan sendiri permasalahan yang dihadapi kepada warga kerja MPJ agar tindakan selanjutnya dapat dilakukan.    
   
      

Comments