PANTAU KEBERSIHAN

 PANTAU KEBERSIHAN....Anggota penguatkuasa Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan (JPP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) serta Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) Jabatan Kawalan Perniagaan (JKP) MPJ turun padang bersama-sama wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Jasin melakukan pemantauan kebersihan di gerai makan terdapat di sekitar daerah ini.

    Pemantauan ini dilakukan sebagai salah satu usaha MPJ dalam memastikan keadaan gerai makan yang ada di dalam daerah Jasin dalam keadaan bersih.

    Di samping itu, ianya juga bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada orang awam khususnya di daerah ini.   
     

Comments