OPERASI BERSEPADU


OPERASI BERSEPADU....Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin (kanan) turun padang bersama-sama dalam Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kebersihan Medan Selera Merlimau Point, di sini.

    Operasi terbabit turut disertai oleh Pengarah Penilaian Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) MPJ, Penolong Pegawai Senibina Jabatan Kejuruteraan (JK) MPJ, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) Jabatan Kawalan Perniagaan (JKP) MPJ, Pembantu Kesihatan Awam (PKA) JPK MPJ, Pembantu Penilaian JPPH MPJ serta Pembantu Penguatkuasa Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan MPJ.

    Pada operasi tersebut, sebanyak 12 premis perniagaan makanan/minuman telah diperiksa di mana satu notis kompoun telah dikeluarkan keranan keadaan persekitaran yang tidak memuaskan serta amaran lisan telah dikeluarkan untuk kebersihan. 

    Operasi ini merupakan langkah pro-aktif yang dilakukan oleh MPJ dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada orang awam khususnya di daerah ini.

Comments