MPJ Menerajui Kemudahan Mesra OKU
Pintu automatik yang telah dinaik taraf memudahkan golongan OKU berurusan dengan MPJ
KEMUDAHAN OKU...2 unit parking kereta khas berbumbung untuk golongan OKU turut disediakan
Pemegang tangan untuk orang yang tidak kuat berjalan (memerlukan sokongan) turut disediakan oleh pihak MPJ
Pengarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan MPJ, Zainuddin Samad berkata, usaha yang dilakukan ini merupakan salah satu inisiatif MPJ dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada golongan tersebut sekali gus ke arah menjadikan Melaka sebagai negeri mesra OKU.
Beliau berkata, antara kemudahan yang telah dinaik taraf adalah laluan masuk dan keluar untuk golongan OKU, 2 unit parking kereta khas berbumbung, kaunter OKU, laluan untuk orang buta, pemegang tangan untuk orang yang tidak kuat berjalan (memerlukan sokongan) dan pintu automatik.
"Selain itu, kita menggunakan pendekatan 'reka bentuk sejagat' dan turut mengaplikasikan teknologi hijau di mana lampu-lampu yang terdapat di parking kereta khas menggunakan sumber tenaga suria (solar power).
"Kerja-kerja menaik taraf kemudahan golongan OKU ini mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan melibatkan kos sebanyak RM200,000 dan merupakan peruntukkan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)," katanya.
Jelas Zainuddin, usaha meningkatkan perkhidmatan itu mampu mewujudkan kebersamaan masyarakat dalam mengangkat taraf golongan OKU supaya mereka dapat menikmati kemudahan sebaik mungkin seperti manusia normal yang lain.
Comments
Post a Comment