Demo Masakan Sihat Beri Pendedahan Kepada Warga Kerja MPJ Amalan Pemakanan Berkhasiat

Sebahagian warga kerja MPJ turut hadir

Chef Azzarudin dari Dapur sihat Consultant memberi penerangan berkaitan makanan sihat kepada tetamu yang hadir

Tetamu yang hadir memberi penumpuan terhadap penerangan yang disampaikan oleh Chef  Azzarudin (kiri)
   
JASIN, 12 Okt - Seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini, corak kehidupan masyarakat telah berubah.

    Tekanan hidup, amalan kehidupan yang tidak sihat serta faktor pengambilan pemakanan segera dan tidak seimbang merupakan faktor terjadinya pelbagai jenis penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi dan diabetis.

    Selain itu, salah satu punca utama yang menyebabkan penyakit-penyakit tersebut adalah kerana masalah obesiti ataupun kegemukan di mana ianya merupakan faktor risiko yang menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit kronik lain.

    Fenomena ini bukan sahaja terjadi kepada dewasa tetapi juga ketara dikalangan remaja dan kanak-kanak.

    Rentetan itu, One Stop Centre For Health - Periksa Sendiri Kesihatan Anda, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dengan kerjasama One Stop Centre For Health Klinik Kesihatan Jasin telah menganjurkan Demo Masakan Sihat di Pentry MPJ, di sini, baru-baru ini.

    Program tersebut diadakan bertujuan memperkasakan masyarakat setempat dalam mempromosi dan membudayakan amalan cara hidup sihat khususnya di kalangan warga kerja MPJ
.
    Di samping itu, memperkenal dan menerangkan kepada warga kerja MPJ jenis-jenis makanan yang boleh menyebabkan kolestrol tinggi sekali gus menyebarkan informasi kesihatan yang berkaitan amalan cara hidup sihat.

Comments