ANUGERAH PEKERJA CONTOH (KATEGORI PEKERJA LUAR)


ANUGERAH PEKERJA CONTOH....Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Murad Husin (tengah) menyampaikan sijil kepada Khairul Fikri Abdul Halil penerima Anugerah Pekerja Contoh Penggal Suku Tahun Kedua 2012 MPJ (Kategori Pekerja Luaran) sambil diperhatikan Pengarah Kanan Jabatan Khidmat Pengurusan dan Korporat (JKPK), Othman Ab Latif.

    Penyampaian anugerah tersebut diadakan sempena Majlis Perhimpunan Pagi Bulanan MPJ di Dataran MPJ, di sini.

    Khairul Fikri yang memegang jawatan sebagai Pekerja Awam di Jabatan Kejuruteraan (JK) mula berkhidmat di MPJ sejak 2002, dipilih sebagai pekerja contoh berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan.  

Comments