ANUGERAH PEKERJA CONTOH ( KATEGORI DALAMAN)


ANUGERAH PEKERJA CONTOH....Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Murad Husin (tengah) menyampaikan sijil kepada Mohd Jefrey Mat Jaafar penerima Anugerah Pekerja Contoh Penggal Suku Tahun Kedua 2012 MPJ (Kategori Pekerja Dalaman) sambil diperhatikan Pengarah Kanan Jabatan Khidmat Pengurusan dan Korporat (JKPK), Othman Ab Latif.

    Penyampaian anugerah tersebut diadakan sempena Majlis Perhimpunan Pagi Bulanan MPJ di Dataran MPJ, di sini.

    Mohd Jefrey yang memegang jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di Jabatan Landskap dan Perkhidmatan Bandar (JLPB) mula berkhidmat di MPJ sejak 2007, dipilih sebagai pekerja contoh berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan

Comments