MPJ Anjur Majlis Bacaan Yasin & Majlis Kesyukuran Meraikan Bakal Haji 2012


Pegawai Tempatan MPJ, Ismail Ibrahim (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Othman selepas majlis

Sebahagian warga kerja MPJ yang hadir di Majlis Bacaan Yasin dan Majlis Kesyukuran Meraikan Bakal Haji 2012 di Bilik Gerakan MPJ 

JASIN, 23 Sept - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Majlis Kesyukuran Meraikan Bakal Haji 2012 di Bilik Gerakan MPJ, di sini.

Program tersebut turut dihadiri oleh Yang Dipertua MPJ, Murad Husin serta barisan warga kerja MPJ terdiri dari pelbagai jabatan dan jawatan.

Selain itu, majlis tersebut juga bertujuan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan bakal haji iaitu Pengarah Kanan Jabatan Khidmat Pengurusan dan Korporat (JKPK), Othman Ab Latif sepanjang menjalani Rukun Islam Kelima itu di samping memberi sokongan dan galakan kepada beliau yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 September ini.

Sementara itu, Othman berkata, beliau amat terharu dengan penganjuran majlis seumpama itu dan melahirkan rasa syukur kerana terpilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini bersama isteri tersayang.

Comments