Mesyuarat Penuh MPJ Bil 1/2010



Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Jasin Bil 1/2010

Tarikh :- 25 Januari 2010 (Isnin)
Masa :- 10.00 Pagi
Tempat :- Bilik Gerakan Majlis Perbandaran Jasin

Mesyuarat Penuh MPJ Bil 1/2010 ini telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Murad bin. Hj. Husin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis yang baru dilantik.

Ahli-ahli mesyuarat telah dimaklumkan berkenaan Pentadbiran MPJ yang telah dibentangkan oleh En. Mohd Shaiful Hizam b. Johan, Setiausaha MPJ dan juga taklimat berkenaan Rancangan Tempatan Daerah Jasin oleh Pen. Pegawai Perancang Bandar dan Desa MPJ, En. Abdul Hafidh b. Saleman.

En. Mohd Faizal bin Hamzah, Pengurus Projek Rancangan Tempatan Daerah Jasin, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia telah membentang laporan Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Draf Rancangan Tempatan Daerah Jasin 2020.

Selain daripada itu, perlantikan Ketua dan Timbalan Ketua Whip telah dilaksanakan dan jawatan Ketua Whip MPJ 2010 telah disandang oleh Tn. Hj. Musa bin Ahmad. Manakala jawatan Timbalan Ketua Whip pula disandang oleh Dr. Jasmi b. Ahmad.

Mesyuarat yang bermula jam 10.00 pagi ini telah ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Comments