Majlis Ulangtahun Ke 3 Majlis Perbandaran Jasin

Pada tanggal 31 Disember 2009 - 03 Januari 2010, Majlis Perbandaran Jasin telah mengadakan Majlis Sambutan Ulangtahun Ke 3. Majlis tersebut bermula dengan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil pada 31 Disember 2009 di Masjid Al-Ghaffar, Jasin Melaka. Tetamu jemputan pada malam tersebut ialah Yang Berhormat Datuk Wira Hj Ahmad bin Hamzah, Ahli Parlimen Jasin.
Kemuncak sambutan ulangtahun adalah pada malam 01 Januari 2010 dimana Majlis Makan Malam sempena sambutan ulangtahun telah diadakan di Dewan Alamanda dan tetamu jemputan pada malam tersebut ialah YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka. Majlis juga diserikan dengan kehadiran artis jemputan iaitu..Haida dan Ramli Sarip. Majlis pada malam itu diakhiri dengan pertunjukkan bunga api.

Yang Dipertua, Tuan Hj. Murad bin Hj Husin dan tetamu sedang menjamu selera selepas Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Masjid Al-Ghaffar.






YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali, Tuan Hj Murad (YDP MPJ), dan tetamu jemputan sedang berbual sambil menjamu selera.


Turut hadir mantan YDP MPJ, Tn. Hj. Kamarudin bin Md Shah, sekarang beliau bergelar YDP Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya..tahniah tuan


YAB Ketua Menteri Melaka sewaktu memberi ucapan perasmian Majlis Sambutan Ulangtahun MPJ.


Penyanyi jemputan Haida



Penyanyi jemputan Haida

Comments