Lensa Foto MPJ di sekitar Majlis Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar bagi bulan November yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka di MITC hari ini. Dalam ucapan dan amanat YAB Ketua Menteri Melaka, beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada PBT yang sentiasa cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab dan pencapaian tersebut melambangkan kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh penjawat awam di Melaka bagi menyelesaikan aduan-aduan rakyat mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Mengikut rekod, sebanyak 8,774 pelbagai jenis aduan berjaya diselesaikan oleh keempat-empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Melaka. Hadir sama, YBrs. Tuan Rosemanizam bin Mohammed Nalif, Yang Dipertua MPJ bersama Encik Muhammad Zahiruddin bin Mohd Zahari, Setiausaha MPJ serta Pengarah Jabatan dan Ketua Unit MPJ. ๐๐จ๐ฆ! "๐๐ข๐ค๐, ๐ ๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ ๐๐๐ง ๐๐ก๐๐ซ๐" ๐๐๐๐ข๐ ๐๐จ๐ฌ๐ข๐๐ฅ ๐๐๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ซ๐๐๐ง๐๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ง ๐ ๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค / ๐๐ง๐ฌ๐ญ๐๐ ๐ซ๐๐ฆ / ๐๐จ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ / ๐ / ๐๐ข๐ค๐๐จ๐ค : @๐ฆ๐ฉ๐ฃ๐๐ฌ๐ข๐ง๐จ๐๐๐ข๐๐ข๐๐ฅ ๐๐ฅ๐จ๐ ๐ฌ๐ฉ๐จ๐ญ : ๐ฆ๐ฉ๐ฃ๐๐ฌ๐ข๐ง.๐๐ฅ๐จ๐ ๐ฌ๐ฉ๐จ๐ญ.๐๐จ๐ฆ ๐๐๐๐ฌ๐ข๐ญ๐ : ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฆ๐ฉ๐ฃ๐๐ฌ๐ข๐ง.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ ๐๐ฆ๐๐ฅ : ๐ข๐ง๐๐จ@๐ฆ๐ฉ๐ฃ๐๐ฌ๐ข๐ง.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari YB Datuk Rais Yasin YB Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin Melaka Hari Ini MELAKAfm #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat #MelakaRESPONSIVE #MalaysiaMadani #visitmelaka2024 #MPJPrihatinDiHatiku
Comments
Post a Comment