TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Kauthar (Masjid Tua Nyalas) di sini, hari ini. Seusai menunaikankan solat Jumaat, Tun meluangkan masa menyantuni jemaah yang hadir dan turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas. Dalam pada itu, Tun turut turun ke lokasi kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Kem Arwahyarham Datuk Seri Hj. Abdul Ghafar bin Atan selepas selesai solat Jumaat. Turut hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, YB Tuan Fairul Nizam bin Roslan dan Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), YBrs. Encik Muhammad Zahiruddin bin Mohd Zahari. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! Facebook : https://www.facebook.com/mpjasin Instagram : @mpjasin_official Twitter : @mp_jasin Tiktok : @mpjasin_official Blogspot : mpjasin.blogspot.com YouTube : @majlisperbandaranjasin9368 Website : www.mpjasin.gov.my Emel : info@mpjasin.gov.my #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #MelakaRESPONSIVE #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia













 

Comments

Popular Posts