Menurut laporan OECD.org, penggunaan plastik telah meningkat 4 kali ganda sejak 30 tahun yang lepas. Pembuatan plastik baharu juga telah berganda sejak tahun 2000 ke tahun 2019 dan mencecah 460 juta tan. Penghasilan plastik juga menyumbang sebanyak 3.4% kepada pelepas gas rumah hijau ke atmosfera. Dari jumlah itu, hampir dua pertiga plastik yang mempunyai jangka hayat kurang 5 tahun, dengan 40% darinya adalah produk pembungkusan, 12% dari barangan konsumer dan 11% dari pakaian dan tekstil. Yang lebih menyedihkan, hanya 9% sahaja dari sisa plastik ini dikitar semula. 19% lagi dibakar dan 50% lagi berakhir di tapak pelupusan sisa dab 22% lagi mencemari sampah lain dan tidak diuruskan dengan lebih baik dan berakhir di lautan. Pada tahun 2019, 6.1 juta tan metrik plastik dibuang merata-rata dengan 1.7 juta darinya hanyut e lautan. Dianggarkan terdapat 30 tan metrik sampah ini sampai ke laut dan lebih 109 tan metrik lagi mencemari sungai-sungai di seleuruh dunia. Bersama kita kurangkan sisa plastik, terutamanya penggunaan plastik sekali guna! #BeraniTegur #TrashToCash #JanganGunalah #AmalanMenjagaKebersihan #BuangSampahKeDalamTongSampah #pdkn2023 #strongertogether #unityindiversity #demipertiwi #malaysiabersihindahsejahtera


 

Comments