Mewakili seluruh kepemimpinan Kerajaan Negeri Melaka, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia, khususnya rakyat Negeri Melaka yang saya kasihi. Alhamdulillah, marilah kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan hidayah dan keizinan-Nya jua sekali lagi pada tahun ini, kita dapat menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan dan meraikan Aidilfitri yang mulia dalam suasana harmoni dan sejahtera. Sambil kita bergembira di hari raya ini, teruskanlah tradisi ziarah menziarahi yang selama ini menjadi amalan kita. Berpegang kepada falsafah Malaysia MADANI dan Kerajaan Perpaduan, marilah kita buka seluas-luasnya pintu rumah dan pintu hati kita untuk menerima kunjungan rakan-rakan dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, pangkat dan kaum. Meraikan kemeriahan bulan Syawal ini, saya mewakili kepemimpinan Kerajaan Negeri Melaka sekali lagi dengan sukacitanya ingin menjemput anak-anak kelahiran Negeri Melaka mahupun yang berada di perantauan untuk hadir memeriahkan 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟑, 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟐𝟗 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟑, 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 𝐝𝐢 𝐌𝐈𝐓𝐂, 𝐀𝐲𝐞𝐫 𝐊𝐞𝐫𝐨𝐡, 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐦 𝟏𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐣𝐚𝐦 𝟑 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠. Saya juga memohon ampun dan maaf kepada semua rakyat Negeri Melaka khasnya dan Malaysia amnya sepanjang tempoh saya menerajui Kerajaan Negeri Melaka ini. Di kesempatan ini, saya serta seisi keluarga ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam walau di mana jua anda berada. #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia #BijakLaksanaHangTuah #BeraniLaksanaHangJebat


 

Comments