Skip to main content
Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), YBrs. Tuan Rosemanizam bin Mohammed Nalif meluangkan masa turun padang melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Chohong yang telah dibuka untuk menempatkan mangsa banjir sekitar kawasan itu ekoran hujan yang turun tidak berhenti sejak semalam. Turut hadir sama, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Alam Sekitar Negeri Melaka, YB Datuk Zaidi bin Attan. YB Datuk Zaidi dan YBrs. Tuan Rosemanizam telah mendengar taklimat dan maklumat terkini berkaitan PPS SK Chohong dan menyantuni mangsa banjir serta petugas di PPS tersebut. Semoga mereka yang terlibat dengan bencana banjir dan ditempatkan di PPS tabah dengan ujian yang melanda dan dipermudahkan segala urusan...Amin. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! Facebook : https://www.facebook.com/mpjasin Instagram : @mpjasin_official Twitter : @mp_jasin Blogspot : mpjasin.blogspot.com YouTube : @majlisperbandaranjasin9368 Website : www.mpjasin.gov.my Emel : info@mpjasin.gov.my #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #MelakaRESPONSIVE #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia
Comments
Post a Comment