MESYUARAT JAWATANKUASA SIASATAN DAN PENDENGARAN AWAM (JSTP) BAGI DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN JASIN 2035 (PENGGANTIAN) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) bersama PLANMalaysia@Melaka telah mengadakan Mesyuarat JSTP bagi Draf RT MPJ 2035 (Penggantian) selaras dengan Seksyen 14, Akta 172. Mesyuarat JSTP ini telah dipengerusikan oleh YB Datuk Zaidi Bin Attan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka di Bilik Mesyuarat Utama Vista Alamanda, di sini, hari ini. Sepanjang tempoh publisiti Draf RT MPJ 2035 (Penggantian) ini, sebanyak 41 borang bantahan telah diterima dengan 72 komponen cadangan terdiri daripada 43 penukaran zoning, dan selebihnya cadangan penambahbaikan. Turut hadir sama, Yang Dipertua (YDP) MPJ, YBrs. Tuan Rosemanizam bin Mohammed Nalif dan Setiausaha MPJ, YBrs. Encik Muhammad Zahiruddin bin Mohd Zahari. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #MelakaRESPONSIVE #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia














 

Comments