Skip to main content
IKLAN TAWARAN TENDER Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar di MELAKA SAHAJA serta berdaftar dengan MPJ yang mempunyai sijil-sijil berikut iaitu Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PP), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut :- 1. No Tender : T01/2022 Tajuk Projek : CADANGAN MENAIKTARAF SISTEM PERPARITAN DI BANDAR MERLIMAU, DAERAH JASIN, MELAKA Tarikh Jualan Sebutharga : 09 September - 20 September 2022 Tarikh Tutup Sebutharga : 23 September 2022 Kontraktor yang berminat dikehendaki menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak pada jam 9.30 pagi pada 5 September 2022 di Perkarangan Aras 1, Vista Alamanda, Majlis Perbandaran Jasin, 77000 Jasin, Melaka. Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN dan hanya Pemilik / Penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) atau Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak. Wakil syarikat adalah tidak dibenarkan. #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia #WawasanKemakmuranBersama2030 #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia
Comments
Post a Comment