Kenapa perlu sentiasa pakai pelitup muka? Pelitup muka bertujuan melindungi SALURAN PERNAFASAN daripada dimasuki virus COVID-19 melalui HIDUNG dan MULUT. Virus COVID-19 boleh merebak melalui titisan cecair dan titisan cecair ini boleh dalam bentuk partikel yang besar (droplet) atau partikel yang kecil (aerosol). Aerosol boleh kekal di udara untuk tempoh yang lebih lama dan bergerak lebih jauh dari 1-2 meter bergantung kepada aliran udara dan keadaan sekeliling. Tempat terbuka kurang risiko jangkitan berbanding tempat tertutup kerana aliran udara sentiasa bergerak tetapi jika sesak dengan orang ramai, risiko jangkitan juga adalah tinggi. Apabila ramai orang berhimpun dan tidak mematuhi SOP, sudah pasti lebih banyak virus COVID-19 berada di udara. Oleh kerana itu, kita perlu sentiasa pakai pelitup muka dan elak tempat berisiko atau jika terpaksa berada di kawasan itu, hadkan tempoh masa. #ReopeningSafely


 

Comments