Pertandingan Komuniti Bandar Zon Hijau COVID-19 bagi Pengurusan Strata Kategori Majlis Perbandaran dan Majlis/ Dewan Bandaraya. Pertandingan ini merupakan satu usaha menyahut seruan Kerajaan bagi melaksanakan Pemerkasaan Komuniti serta menyemai semangat sukarelawan dalam kalangan komuniti perumahan berstrata dan akan berlangsung selama 6 bulan. Pertandingan Komuniti Bandar Zon Hijau COVID-19 ini merupakan antara usaha proaktif Kerajaan dalam memperkasakan komuniti untuk bersama memerangi COVID-19. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.kpkt.gov.my atau melalui talian 03-8891 3388.


 

Comments