Saya tertarik melihat keindahan dan kejernihan air di Sungai Rambai ketika melawat di Laman Belia dan Kota Budaya sempena lawatan di DUN Sungai Rambai, hari ini. Dengan tarikan semula jadi yang ada di kawasan ini, saya fikir wajar produk pelancongan berasaskan sungai diberi perhatian bagi mewujudkan satu produk pelancongan eco yang baharu di Sungai Rambai. Saya ada berbincang dengan YBhg. Datuk Anis binti Ali Hasan, Pegawai Daerah Jasin dan YBhg. Datin Sapiah binti Haron, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) bersama-sama YB Datuk Hasan Abd Rahman, ADUN Sungai Rambai yang antara lain memfokuskan Laman Belia dan Kota Budaya di Sungai Rambai diberi wajah baharu sesuai dengan statusnya sebagai pintu masuk ‘Gerbang Selatan’. #TokLeman #KawalanDiri #MelakaMestiMenangCOVID19 #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia



 

Comments