Jabatan Penguatkuasa (JP) MPJ melakukan pemantauan aduan masyarakat berkenaan pembuangan sampah haram di atas tanah milik kerajaan. ⚠️⚠️⚠️Kenapa masih ada lagi individu yang tidak bertanggungjawab melakukan kesalahan dengan membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya!!!Ini bukan sahaja mengundang bau yang kurang menyenangkan malah, mencacatkan pemandangan apatah lagi Negeri Melaka berstatus Negeri Maju. Ayuh masyarakat di negeri ini khususnya & di Daerah Jasin amnya, marilah kita sama-sama menjaga kebersihan di daerah ini dengan mengamalkan minda positif & cintakan kebersihan serta keindahan sekaligus menjadikan Negeri Melaka terus dikenali dengan negeri terbersih di Malaysia🇲🇾🇲🇾🇲🇾 'MENJAGA KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA' 'SILA PATUHI ARAHAN PBT DI KAWASAN ANDA BAGI MENGELAKKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG DI AMBIL'





 

Comments