Bagi mereka yang sudah bosan dengan suasana bandar yang sesak dan ramai orang, luangkan masa singgah sebentar ke Kampung Umbai untuk menenangkan fikiran. Damai je kampung ni. Kampung Umbai terletak kira-kira 30 minit dari pusat bandar ini merupakan kawasan perkampungan yang menarik untuk dilawati terutamanya bagi yang ingin merasai suasana kampung sebenar yang tenang dan harmoni. Selain suasana kampung yang mempesonakan, anda juga boleh ke muara sungainya untuk menyaksikan keindahan Selat Melaka terutamanya ketika matahari terbenam. Kampung ini juga terkenal dengan restoran makanan laut yang segar malah sentiasa menjadi tumpuan pengunjung luar dan dalam Melaka terutamanya pada hujung minggu

 

Comments