Skip to main content
YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin juga berkesempatan membuat lawatan turun padang ke Tapak Cadangan Pasar Baharu Jasin bagi menggantikan Pasar Jasin lama yang telah berusia 30 tahun. Beliau turut meluluskan RM1 juta bagi kerja-kerja awal pembinaan pasar tersebut. Pihak Majlis Perbandaran Jasin dalam pembentangan mencadangkan pasar baru yang akan didirikan kelak berkeluasan 1 ekar dengan pelbagai fasiliti antaranya gerai barangan basah dan kering, medan selera, serta tandas awam.
Comments
Post a Comment