Jabatan Penguatkuasa (JP) MPJ melakukan pemantauan kes denggi di Taman Datuk Abd Aziz, Pulai bersama Pengerusi Taman tersebut. Kes denggi di taman tersebut sebanyak 39 kes dan hasil pemantauan didapati terdapat beberapa isu di taman tersebut antaranya: 1. Bas ekspres/sekolah parking di dalam kawasan taman perumahan 2. Kebersihan lorong belakang 3. Longkang tersumbat dan tiada penyelenggaraan 4. Longkang taman lama dan tiada penyambungan dengan longkang monsun (besar) 5. Kebersihan di bahu jalan yg kurang memuaskan akibat aktiviti penduduk taman (tebang pokok, daun dan sampah) Beberapa notis amaran telah dikeluarkan dan disyorkan kepada Pengerusi Taman untuk menganjurkan gotong royong bersama Ahli Majlis MPJ. 'SILA PATUHI ARAHAN PBT DI KAWASAN ANDA BAGI MENGELAKKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG DI AMBIL' 'KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA' #JasinBandarBahagia #MPJPrihatinDiHatiku #AndaKeutamaanKami #JasinBandarRendahKarbon







Comments