Othman Dilantik Setiausaha MPJ

 Ainu Nizla (kiri) menyerahkan fail serahan tugas Setiusaha MPJ kepada Othman diperhatikan Murad (tengah) 


 Majlis penyerahan tugas Setiausaha MPJ baru turut dihadiri Pengarah Kanan, Pengarah dan wakil pengarah MPJ  


Murad (tengah) ketika berucap pada majlis tersebut 



Satu majlis penyerahan tugas Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) baru, Othman Ab Latif telah diadakan di Bilik Gerakan MPJ, di sini, dalam suasana ringkas yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua (YDP) MPJ, Murad Husin.

          Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Kanan, Pengarah dan wakil pengarah MPJ.

          Othman sebelum ini bertugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri menggantikan Setiausaha MPJ sebelum ini, Ainu Nizla Kasman.

          Ainu Nizla mula berkhidmat di MPJ sebagai Setiausaha MPJ bermula 17 Oktober 2011 hingga 31 Mei 2013.

          Sementara itu, Murad mengucapkan jutaan terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang yang telah disumbangkan oleh Ainu Nizla sepanjang perkhidmatan beliau di MPJ.

          "Saya juga berharap beliau akan lebih berjaya dan cemerlang ditempat baru dengan jawatan baru yang disandang.

          "Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Setiausaha MPJ yang baru di atas perlantikan beliau," ujarnya.

Comments