42 Kakitangan MPJ Sertai Kursus Pengenalan MS ISO 9001:2008 Siri I

BERGAMBAR KENANGAN....Peserta bergambar bersama selepas kursus

Mohd Hisham (kanan) ketika menyampaikan taklimat kepada peserta

Ketua Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 MPJ, Suhaizan Noh (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Mohd Hisham


Seramai 42 kakitangan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) terdiri daripada pelbagai jawatan dan jabatan telah mengikuti Kursus Pengenalan MS ISO 9001:2008 Siri I di Bilik Gerakan MPJ, di sini.

          Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan, Mohd Hisham Tambi Ahmad di mana kursus terbabit merupakan anjuran MPJ.

          Pelbagai input dan objektif yang dapat dicapai serta diperolehi oleh peserta kursus antaranya, memberi kefahaman asas kepada peserta mengenai keperluan-keperluan di dalam Standard ISO 9001:2008.

          Selain itu, mempelajari teknik-teknik pengauditan serta membina kemahiran asas sebagai juruaudit di samping mempelajari cara Penulisan Laporan Ketakakuran (NCR) dan tindakan susulan.

Comments