MPJ Adakan Latihan Kebakaran, Sebagai Inisiatif Dan Langkah Persediaan kepada Warga Kerja

Murad (sembilan, kiri) dan sebahagian warga kerja MPJ merakamkan kenangan berlatar belakangkan Jentera Bomba 


Warga kerja MPJ tekun mendengar maklumat prosedur yang disampaikan Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Jasin, Md Ropiee Pardi bagi menghadapi situasi kebakaran 


Sebagai usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan dan mencegah kebakaran, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah mengadakan latihan kecemasan bagi menghadapi kejadian kebakaran, di sini.

          Latihan bermula pukul 9 pagi itu dimulakan dengan bunyi siren kecemasan sekali gus mengkehendaki semua kakitangan di bangunan MPJ segera mengosongkan premis tersebut dengan turun ke kawasan lapang untuk menyelamatkan diri masing-masing.

          Yang Dipertua MPJ, Murad Husin berkata, simulasi ini merupakan latihan melibatkan kejadian kebakaran di bangunan jabatan kerajaan.               

          Menurut beliau, latihan kebakaran ini dianggap berjaya kerana kira-kira 150 kakitangan MPJ turun menyelamatkan diri dalam tempoh kira-kira tiga minit sahaja.

          "Pada latihan ini, warga kerja MPJ turut diberi maklumat prosedur penting jika berlaku kebakaran khususnya di bangunan jabatan kerajaan," katanya.

          Dalam pada itu, beliau turut memuji inisiatif Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Jasin kerana memberi maklumat prosedur serta persediaan kepada kakitangan MPJ apatah lagi kebakaran boleh berlaku di mana-mana tanpa mengira masa.


Comments