MPJ Anjur Majlis Bacaan Yaasin, Doa Selamat & Tahlil Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-6

 
 Sebahagian warga kerja wanita MPJ yang hadir pada majlis tersebut


PROGRAM KEAGAMAAN....Antara tetamu khas dan orang ramai yang hadir di majlis bacaan yaasin, doa selamat dan tahlil sempena sambutan ulangtahun ke-6 MPJ di Majid Al-Mubarak, Kampung Kelubi  


Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-6 Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), satu majlis bacaan yaasin, doa selamat dan tahlil telah diadakan di Masjid Al-Mubarak, Kampung Kelubi, di sini.

          Majlis yang bermula seawal jam 6 petang itu turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah dan kira-kira 100 tetamu terdiri warga kerja MPJ dan penduduk tempatan sekitar kawasan tersebut.

          Telah menjadi kelaziman MPJ manganjur program keagamaan seumpama itu yang merupakan salah satu pengisian sempena sambutan ulangtahun itu.

          Di samping itu, pelbagai program kemasyarakatan telah diatur serta akan dilaksanakan bagi mengisi sambutan ulangtahun MPJ ke-6 antaranya program turun padang, penyampaian bantuan sewa rumah, forum perdana dan sebagainya.

Comments