50 Kakitangan MPJ Sertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka

 
Seramai 50 warga kerja MPJ terdiri daripada pelbagai jawatan dan jabatan menyertai Perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri Melaka  


Telah menjadi kelaziman setiap tahun MPJ akan menghantar satu kontinjen terdiri daripada kakitangan MPJ untuk menyertai perarakan Maulidur Rasul   


Kakitangan MPJ wanita merakamkan kenangan bersama ketika menyertai Perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri Melaka 

Seramai 50 kakitangan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) terdiri daripada pelbagai jabatan dan jawatan telah menyertai perarakan Maulidur Rasul 1434 Hijrah peringkat negeri Melaka.

          Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini bertemakan 'Wasatiah Tunggak Perpaduan Ummah' selaras dengan tema Maal Hijrah 1434.

          Yang di-Pertua (YDP) MPJ, Murad Husin berkata, setiap tahun pihaknya akan menghantar satu kontinjen terdiri daripada kakitangan MPJ untuk menyertai perarakan tersebut.

          Beliau berkata, kontinjen MPJ yang menyertai perarakan ini disertai oleh Ketua-ketua Jabatan MPJ serta wakil kakitangan daripada setiap jabatan di MPJ.

          "Telah menjadi kelaziman bagi warga kerja MPJ untuk sama-sama menyertai perarakan ini saban tahun yang bertujuan mengembalikan ingatan umat Islam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

          "Dengan mengingati Baginda, akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai dan mengambil iktibar kisah suka duka perjuangan Baginda," katanya.

          Jelas Murad, penyertaan kontinjen MPJ dalam perarakan ini dilihat secara tidak langsung dapat memperkukuhkan ikatan silaturrahim di kalangan warga kerja MPJ khususnya dan umat Islam amnya tanpa mengira pangkat dan usia.

Comments