300 sertai Program Gotong-Royong Perdana Sempena Sambutan Ulang Tahun MPJ Ke-6

ERATKAN SILATURRAHIM...Penganjuran aktiviti gotong-royong di lihat dapat mengeratkan silaturrahim sesama insan 


Warga kerja MPJ dan penduduk Taman Muhibbah bergotong-royong membersihkan kawasan taman

Sebahagian pelajar Politeknik Merlimau bersama Murad yang turut serta pada program gotong-royong perdana tersebut



Seramai 300 warga kerja Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan penduduk Taman Muhibbah, Merlimau, di sini telah menjayakan Majlis Gotong-Royong Perdana Sempena Sambutan Ulang Tahun MPJ ke-6.

          Program tersebut turut disertai Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Jasin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Jasin dan pelajar Politeknik Merlimau.
    Perasmian program tersebut telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Roslan Ahmad.  
 
         Sementara itu, Yang Dipertua MPJ, Murad Husin berkata, majlis gotong-royong yang itu merupakan salah satu daripada program MPJ yang dilaksanakan sempena sambutan ulang tahun MPJ yang diadakan setiap tahun.

         Beliau berkata, program gotong-royong perdana ini pada kali ini diadakan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum serta agensi kerajaan.

        "Alhamdulillah, sambutan amat mengalakkan khususnya dari warga kerja MPJ dan penduduk di sekitar taman ini.

         "Apa yang kita harapkan, melalui aktiviti gotong-royong yang kita laksanakan di kawasan ini, dapat mengindah dan memceriakan lagi seluruh kawasan taman ini di samping mewujudkan semangat tolong-menolong di antara satu sama lain sekali gus mengekalkan perpaduan sedia ada di antara MPJ dan masyarakat khususnya penduduk di taman ini," katanya.

         Menurut Murad, komitmen dan semangat bekerjasama ini perlu dilakukan secara berterusan termasuk membabitkan setiap anggota masyarakat menerusi program gotong-royong di kawasan masing-masing.

         Jelasnya, ini kerana masyarakat turut memainkan peranan dan tanggungjawab dalam melaksanakan amalan gotong-royong bersama-sama sebagai usaha mengekalkan keindahan kawasan masing-masing dari masa ke semasa.

Comments