Taklimat Penyelarasan Borang Permohonan Pelan Bangunan bagi Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)


TAKLIMAT....Sebahagian daripada 28 arkitek dan pelukis pelan berdaftar di seluruh negeri Melaka dan daerah Tampin, Negeri Sembilan mendengar Taklimat Penyelarasan Borang Permohonan Pelan Bangunan bagi Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang diadakan di Bilik Gerakan MPJ, di sini, semalam.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan (JKB) MPJ, Mohammad Hiriddin Hisham.
Taklimat tersebut bertujuan menyelaras serta menyeragamkan format borang permohonan pelan bangunan yang digunapakai oleh empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.
Di samping, ianya juga bertujuan memudahkan arkitek dan pelukis pelan berdaftar membuat permohonan bagi tujuan tersebut di mana ianya mula digunapakai oleh MPJ berkuatkuasa pada 1 Ogos 2012.

Comments