Penglibatan Masyarakat Dengan Aktiviti Teknologi Hijau Realisasikan Hasrat Kerajaan Negeri Capai Status Negeri Hijau - Murad



JASIN, 20 Julai - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengambil langkah pro-aktif meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya di daerah ini terhadap kepentingan mengamalkan Teknologi Hijau di dalam kehidupan seharian.
Atas dasar tersebut, satu taklimat bagi membincangkan cadangan pelaksanaan aktiviti jawatankuasa Taknologi Hijau di taman-taman perumahan di dalam daerah Jasin di Bilik Gerakan MPJ, di sini.
Yang Dipertua MPJ, Murad Husin berkata, sejajar dengan hasrat kerajaan negeri ke arah Teknologi Hijau menjelang 2020, MPJ tidak terkecuali merangka dan mengadakan pelbagai aktiviti berkaitan Teknologi Hijau melibatkan warga kerja serta komuniti di daerah ini.
Beliau berkata, walaupun amalan-amalan hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian daripada kehidupana, namun masyarakat perlu mengubah minda bagi memastikan masyarakat dapat menikmati kehidupan yang nikmati pada hari ini dalam jangka masa panjang.
"Sehubungan itu, taklimat yang kita adakan melibatkan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman, Ahli Majlis MPJ serta Ketua Jabatan MPJ ini bertujuan memberi pendedahan serta pengetahuan asas mengenai aktiviti serta program yang boleh dilaksanakan di peringkat komuniti.
"Selain itu, mengadakan perbincangan bersama pihak yang terlibat bagi mekanisme pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan sekali gus mendapatkan persetujuan kumpulan komuniti bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan," katanya.
Di samping itu, menggalakkan penyertaan dan penglibatan komuniti dalam menjalankan aktivti berkaitan teknologi hijau.
Justeru itu, beliau berkata, penglibatan dan penyertaan aktif persatuan penduduk penting agar hasrat kerajaan ke arah mencapai status negeri hijau menjelang 2020 dapat direalisasikan.

SUMBER : MELAKA HARI INI

Comments