MPJ SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA BALU ALLAHYARHAM HAFIZAN HARON


SAMPAIKAN SUMBANGAN....Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Ainu Nizla Kasman (kanan) menyampaikan sumbangan bantuan kewangan kepada Fauziah Mohamed Thazalie, 42, isteri kepada Allahyarham Hafizan Haron, 43, Pekerja Awam Jabatan Kejuruteraan, MPJ yang telah kembali ke rahmahtullah bulan Jun lalu.

Allahyarham Hafizan memulakan perkhidmatan di MPJ pada 1 Disember 1990 dan telah mencurahkan khidmat bakti di MPJ selama hampir 22 tahun.

Turut hadir, Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan MPJ, Zainuddin Samad dan Pengarah Kanan Jabatan Khidmat Pengurusan dan Korporat (JKPK), Othman Ab Latif.

Comments