Lawatan PPKB



BERITA GEMBIRA....Keluarga Govindan G.Perumal ceria menerima kunjungan wakil Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan khabar gembira apabila terpilih sebagai salah seorang penerima bantuan bina baru 1 unit rumah di bawah Program Bantuan Perumahan Bandar.
Bantuan ini merupakan yang pertama disalurkan di negeri Melaka di mana ianya merupakan rezeki 'Orang Jasin' atas usaha MPJ.
MPJ menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di negeri ini mengagihkan bantuan tersebut menerusi peruntukkan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB). Kunjungan tersebut diketuai Pengarah Kanan Jabatan Khidmat Pengurusan dan Korporat (JKPK) MPJ, Othman Ab. Latif dan disertai Pegawai Tempatan MPJ, Ismail Ibrahim; Penolong Pegawai Penerangan MPJ, Nur Adhawiah Mohd Said dan Juruteknik MPJ, Mahdhar Mohd Nor.

Comments