Jabatan Kejuruteraan Turun padang


TURUN PADANG....Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan (JK) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Zainuddin Samad (empat, kanan) bersama-sama dengan Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Jasin melihat kerja-kerja menampal lubang (Pothole) terdapat di sekitar Bandar Jasin yang dilakukan oleh wakil pembekal produk 'Coldmix' keluaran Probase Manufacturing Sdn. Bhd.
Ini merupakan demonstrasi produk oleh syarikat tersebut untuk menguji ketahanan dan kualitinya.

MPJ sentiasa mendengar aduan serta rintihan masyarakat khususnya melibatkan kemudahan awam dalam usaha memberi keselesaan terhadap orang ramai.

Selain itu, menyelesaikan aduan masyarakat merupakan agenda utama MPJ di samping berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya di daerah Jasin.

Comments