Dapatkan Idea Baru Dalam Mempraktikkan Budaya 5S 30 Kakitangan MPJ Sertai Lawatan Sambil Belajar Ke MPPG


JASIN, 10 Julai - Seramai 30 kakitangan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) terdiri daripada pelbagai jabatan telah mengikuti Lawatan Sambil Belajar Audit Dalaman Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) ke Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), semalam.
Lawatan kerja ini telah dikendalikan oleh Unit Dalaman 5S MPJ sebagai salah satu kaedah untuk menambahbaik sekali gus mendapatkan idea-idea baru dalam mempraktikkan budaya 5S di MPJ.
Selain itu, lawatan ini juga bertujuan berkongsi pandangan di dalam menjayakan amalan persekitaran berkualiti 5S di samping melawat persekitaran bangunan MPPG.
Taklimat 5S telah disampaikan oleh Rosmahwati Kamardin, Ketua Bahagian Kualiti MPPG dan rombongan MPJ telah dibawa melawat ke beberapa jabatan di MPPG termasuk stor, bilik fail dan galeri untuk melihat secara dekat amalan 5S yang diamalkan.
Sementara itu, Penolong Juruaudit MPJ, Suhaizan Noh berpendapat lawatan kerja ini bertepatan pada masanya bagi nilai tambah amalan 5S di MPJ.
Menurutnya, selain itu, banyak idea baru yang diperolehi hasil daripada lawatan tersebut dan boleh dilaksanakan serta diaplikasikan di MPJ.
"Justeru itu, adalah diharapkan hasil lawatan kerja tersebut, amalan budaya 5S di MPJ dapat dipertingkatkan di samping menambahbaik sistem pengurusan kualiti yang ada," katanya.

SUMBER : MELAKA HARI INI

Comments