PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA MAJLIS PERBANDARAN JASIN DENGAN MAJLIS DAERAH TAMPIN

JUMAAT, 30 April 2010 - Majlis Daerah Tampin (MDT) yang diketuai oleh Setiausaha telah membuat kujung hormat ke Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) bagi mengadakan perlawanan persahabatan Futsal, Bola Jaring dan Badminton.

Kunjungan hormat tersebut telah disambut oleh Yang Dipertua MPJ, Hj Murad bin hj Husin; Setiausaha MPJ; Mohd Shaiful Hizam bin Johan, pegawai-pegawai kanan MPJ.

Pertandingan Futsal yang telah diadakan di Gelanggang Futsal menyaksikan MPJ mengalahkan MDT 19 berbalas 10. Manakala bagi pertandingan Bola Jaring, MPJ terpaksa angkur dengan kehebatan MDT dengan jaringan 27 berbalas 24.

Pasukan badminton MPJ juga terpaksa akur dengan kehebatan pasukan badminton MDT. Acara ditutup dengan penyerahan cenderahati daripada MPJ kepada MDT sebagai simbolik kunjungan hormat tersebut. Cenderahati telah disampaikan oleh Setiausaha MPJ En. Saiful Hizam bin Johan kepada Setiausaha MDT.

Comments