KONSEP DAERAH LESTARI, MPJ Jadi Tarikan DBKU

JASIN, 26 April - Konsep Daerah Lestari, Bandar Bestari yang diperkenalkan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mendapat reaksi yang positif pelbagai pihak samada dari dalam mahupun luar Melaka.

Baru-baru ini, pihak pengurusan MPJ menerima kunjungan dan lawatan Datuk Bandar Kuching Utara yang begitu tertarik dengan konsep yang diperkenalkan oleh daerah Jasin didalam pengurusannya.

Lawatan diketuai Datuk Atei Abang Medaan bersama beberapa pegawai kanannya disambut oleh Yang Dipertua MPJ, Tn. Hj. Murad bin Hj. Husin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, En. Hasan bin Rahman dan Setiausaha MPJ, Mohd Shaiful Hizam bin Johan.
Mohd Atei berkata, tujuaan utama lawatan adalah untuk pihaknya bertukar-tukar pandangan dengan MPJ dalam melaksanakan konsep Daerah Lestari Bandar Bestari demi pembangunan rakyat dikawasan berkenaan.

"Dari segi perlaksanaan, secara dasarnya terdapat persamaan antara Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan MPJ dalam melaksanakan konsep Daerah Lestari, Bandar Bestari. Namun kami lebih tertarik dengan Tandas 5 Star dan program Homestay yang terdapat di daerah ini kerana ia tidak terdapat di tempat kami dan lawatan ini banyak memberi panduan kepada kami untuk mempertingkatkan lagi program pebangunan di DBKU," katanya.

Selain melawat MPJ dan tandas 5 Star, rombongan DBKU turut dibawa melawat ke beberapa lokasi pelancongan dan riadah menarik di daerah Jasin seperti Dewan Alamanda dan Kolam Ayer Panas Bemban, disini.

Turut dibawa melawat ialah Pekan Merlimau, Makam Tun Teja dan projek Homestay di Parit Penghulu, Sungai Rambai yang ternta menarik perhatian mereka. Sementara itu, Murad berkata, lawatan Datuk Bandar DBKU itu telah memberi peluang kepada MPj untuk turut sama membangunkan daerah ini menjadi Daerah yang Lestari dan menjadi Bandar yang Bestari.

Comments