𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 22 Jun 2023 - Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Melaka yang hadir ke majlis “𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐮 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭” 𝐎𝐩𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐲 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 yang berlangsung di MITC, Ayer Keroh, hari ini. Saya dimaklumkan, sehingga jam 5 petang ini, seramai 407 pendaftaran diterima di pelbagai saluran aduan melibatkan agensi dan jabatan kerajaan yang mengambil bahagian pada majlis ini. Kepada semua 67 Agensi dan Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang terbabit sempena Hari Bertemu Rakyat ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen tinggi bagi memberikan khidmat bakti kepada rakyat. Pentadbiran saya termasuk semua EXCO Kerajaan Negeri, Timbalan EXCO Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan mengambil maklum dan komited terhadap semua aduan dan permasalahan yang dikemukakan. Saya sendiri mengarahkan setiap aduan yang diterima pada hari ini DIJAWAB DALAM TEMPOH DUA MINGGU. Terima kasih rakyat Melaka! #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia #BijakLaksanaTuah #BeraniLaksanaJebat

















 

Comments

Popular Posts